Wednesday, November 17, 2010

Karangan Sengal ubi ..

MySpace
~Bace-bace jgn tak bace~

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati. (-_-)a.

MySpace
~bleh jdi gile klau bce karangan nie~

Saturday, November 13, 2010

Arwah Flower Horn baik ikannye~ (T_T)a

Tercatat lagi satu kisah sedih dalam lembaran hidup ku~ cewah...hahax
kisah ini berkaitan tentang suka,duka ikan flower horn aq... =P
Sebagai pengenalan, aq nak perkenalkan dulu watak2 utama yg terdapat dalam citer ni..
( AMARAN-NI CITER BENAR TAU..BKN MAIN2)


~Watak2 utama dalam citer ni~
Kisahnya beermula di sini:
Si Brado tu aq dah bela lama dah. dan dah lama jugak dye membujang dalam aquarium banglo dye tu..
Pada suatu hari yang cerah dan indah, bapak aq gi beli lagi pasangan Couple iaitu si jantan dan awek manis dan diletakkan dalam aquarium banglo si brado tu bersama.
Ape lagi, berbulu lah mate si brado tuh dgn couple yg bru masuk tu. Mane tak nye, 24 jam berkepit jer..dah lah menumpang rumah banglo si brado.buat onar pulak tu..ish3....ikan zaman skarang, ape nk jadi. (-_-)a
Nak dijadikan cerita, si Brado ni pun mula lah cari pasai dgn si jantan caup;e tersebut...
untuk pengetahuan smua, si brado ni gemuk sikit  dri couple tu...
Tanggal 10/11/2010, jam 3 petang kalau x silap aq lah..terjadi satu adegan kejar-mengejar antara si Brado dgn si jantan couple tersebut...(brado dh naik angin kot)..Aq ingat kan diaorang main kejar2 biase2 jer (mcm main polis en 3)... jadi aq buat bodoh je ah asal diaorang happy..
Rupenyer bila aq tengok bali time maghrib, dah nazak dah si jantan tu...abih dikerjakan dgn si brado..huhu..sebel betul aq time tu..sambil dalam hati berkata (melayang duit bpk aq)..


~Saat pergelutan antara Brado dgn couple si awek manis~
MySpace
~Muke terkjut ble dpt tau kematian ikan aq~

Lepas berlaku pergelutan selama beberapa jam, maka hilanglah nyawa di jasad si jantan tersebut.. (T_T) ni bermaksud melayang lah juga duit bapak aq beli ikan tu (T_T)..
setelah mayat nye dimandikan, aq kebumikan mayat nye di belakang rumah aq .... aq nak ambil gambar mayat dye, tapi bile pikir2 balik x elok lah amik gambar yg dh mati..nanti x tenang dye... =P
Bermula dari saat itu, Si brado dapatlah hidup dengan tenang dan aman dengan awek baru dye dalam aquarium banglo dye tu...  ^_^
dengan itu, maka tamat lah sudah kisah cinta tiga segi si brado sampai berlaku siri pembunuhan kejam..ish3...
Final word from me to to my fish - Happy alwayz k... ^_^
Final word from me to all readers -jangan lupe tinggal kan komen anda ek. =P
~CauCinCau~
MySpace


^_^